Terpanggil untuk menulis blog berkenaan hari ibu setelah terbaca artikel yang ditulis oleh Saiful Nang di laman Facebooknya sebentar tadi.. sangat menyentuh perasaan.. lebih-lebih lagi kepada orang seperti aku yang sudah kehilangan seorang ibu buat selama-lamanya...
Pilu dan sebak jugak hati ni bile melihat kawan-menyambut hari ibu bersama emak dan keluarga masing-masing, potong kek, bagi hadiah, makan-makan kat luar sebagai tanda sayang kepada emak, tapi bagi kami yang sudah ketiadaan emak, hanya doa, yassin dan al-fatihah sahaja dapat diberi sebagai tanda kasih sayang kami kepada ibu yang sangat dirindui yang telah pergi mengadap ilahi...
Tahun ni merupakan kali pertama menyambut hari ibu tanpa emak disisi..
seingat aku tahun lepas kami semua menyambut hari ibu di rumah kakak...
kecil²lan sahaja tapi terpancar kegembiraan di wajah mak disaat penghargaan yang diberikan oleh anak²nya kerana memperingati dan menyambut hari ibu untuknya...
Sama seperti artikel yang ditulis Saiful Nang, emak kami tidak meninggalkan harta dan tidak belajar tinggi,
tetapi ilmu agamanya cukup...cukup untuk membesar kan kami 3 beradik dengan didikan yang berlandaskan sepenuhnya mengikut ajaran islam..
Emak xbekerja, sebab ayah xbagi. Ayah suruh jaga kami 3 beradik kat rumah, tapi mak mengambil upah mengasuh anak jiran dari anaknya seorang, sampailah anak yang kelima, semua mak yang bela dengan penuh kasih sayang sama seperti mak menjaga kami.
Dulu masa kecik-kecik, mak yang ajar kami ngaji, solat, membaca, kenal nombor.. bila dah besar sikit mak didik kami supaya tidak tinggal solat, rajin kemas pakaian sendiri, kemas katil sendiri lepas bangun tidur, bantu emak kemas rumah. Alhamdulillah sampai besar kami terbiasa dengan semua yang mak didik.
Terima kasih mak atas semua didikan dan kasih sayang yang dicurahkan. Walaupun belum sempat membalas semua jasa-jasa mak, tapi kami bersyukur kerana Allah pernah mengurniakan ibu sesempurna mak yang telah memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak-anaknya.. Tiada apa yang dapat diberikan sempena hari ibu kali ni selain kiriman doa...doa..doa buat emak.. Sesungguhnya tidak walau sedetik kenangan bersama mak hilang dari ingatan... :( Al-fatihah....
No comments:
Post a Comment