Pages

Apabila dia mengejutkan dunia dari lena....

Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik & beradab itu dianggap sebagai rehat,,
tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah..
Berkelanalah,,
engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan...
Berusahalah kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan..

Aku melihat air yang tenang bertakung,
mencemar kandungannya sendiri,,
Sekiranya ia mengalir, ia akan baik,,
Sekiranya ia tidak mengalir, tercemar..

-Imam Syafie-


Allahummaghfirlahu warhamhu..
#letsfollowammar

Indahnya Perkahwinan....

Assalamualaikum...





Alhamdulillah, genap sebulan usia perkahwinan aku..
Indahnya sebuah perkahwinan,, Subahanallah...
Hanya Allah dan mereka yang telah berkahwin secara ikhlas dan kerana Allah sahaja mengetahui keindahannya..

Taktau nak cite apa kali ni

Plan asalnya nak update pasal honeymoon....
tapi gambar2 xlengkap lak, banyak kat komputer ofis.. 
So jadi malas pulak.. hihi..
Nak cite pasal menu dinner tadi lah...
Petang tadi balik keja, isteri terus pakai apron dan stat memasak..
Si suami pulak on tv, tengok cite sahabat sambil layan mate..hihi..
Malam ni isteri shaye masak sup ayam+tempe yang di goreng dengan rempah ratus+ cicah sambal kicap..
Simple bukan...tapi..Uishh sedap nya weeii....nasi sampai xcukup... naseb baek lupe nak snap gambar..
kalu tidak confirm you all terliuq...haha...Terima kasih si isteri masak sedap malam ni... :)

Indahnya perkahwinan.....indah weii....
Alhamdulillah syukur....

Ok tu je..bai... :P

Saya Dah Kawen! Yeay!

Alhamdulillah...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Syukur kepadaMu Ya Allah..

Setelah setahun mengikat tali pertunangan akhirnya aku diijiabkabulkan bersama wanita pilihan hati.
Alololo...skemanya ayat ko. Ok, back to reality..

Yeay! aku da kawen, aku da jadi suami orang, aku da xbujang..


Jangan nak yeay sangat! Pasni tanggungjawab ko bertambah, semua dosa-dosa isteri ko kena tanggung, kena jadi ketua keluarga, kena buat keputusan sebagai ketua keluarga, kena didik isteri dan anak-anak sebaiknya dan lagi...dan lagi... boleh ke buat semua tu? InsyaAllah boleh. Apabila seorang lelaki tu dah buat keputusan untuk bernikah, bermakna dia dah sedia untuk pikul semua tanggung jawab itu. Tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa nanti. Aku pun mcmtu gak. Dah ready!

So now, i am husband to someone. Seronok da kawen ni wei. Selain seronok yang itu...tett sensored.. korang juga akan merasakan pengalaman seperti --> bangun-bangun pagi jek sarapan telah disediakan atau dalam erti kata lain, dah ada orang masakkan ketika lapar, ada org kejut dan ingatkan untuk solat, baju-baju yang dulunya masa korang bujang hampir sebulan sekali baru nak dibasuh tetapi kali ni xsampai sehari je telah siap dilipat. huh~ wangi uoll bau softlan.. sebelum ni xde nya nak basuh baju pakai pewangi.. haha!, kalau dulu gi memana sorang-sorang je, tapi sekarang berdua, dan yang paling penting sekarang ni adik beradik aku dah makin bertambah, kalu dulu aku ade sorang adik lelaki dan seorang kakak, lepas kakak dan adik aku kawen dapat pule abang ipar dan andik ipar perempuan dan sekarang ni ditambah pula adik beradik isteri yang terdiri daripada 3 orang perempuan,dan 2 orang lelaki maka jumlah keseluruhan adik beradik aku sekarang ni adalah 9 orang. Ramai bukan.. dan yang paling99x penting skali, aku dah ada emak dan seorang lagi ayah.. Dah lama rasanya mulut ni tak menyebut dan memanggil emak..walau pun hanya lah ibu mertua.. Alhamdulillah.. terubat jugak rindu. Semoga arwah emak tergolong bersama para syuhada'... Al-fatihah..

Ini lah adik beradik baru saye! Ramai bukan~~ teehee~

Ok now aku nak crita sikit perjalanan majlis perkahwinan kami yg masih lagi freshh itu..
Aku diijabqabulkan pada tarikh 31 OGOS 2013 bersamaan 25 Syawal 1434h pada jam 2.35 ptg. Senang bukan nak ingat Anniversary kami.. Siap dapat cuti lagi kerajaan bagi.. haha!




Keluarga besar saye..tanpa arwah emak :(

Seterusnya majlis persandingan diadakan keesokan harinya iaitu pada 1 SEPTEMBER 2013 secara sedarhana. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selesai je majlis bersanding, hujan turun selebat-lebatnya. Semoga hujan yang turun itu membawa rahmat kepada kami amin.

Siap ada kereta pengantin.. kau hado.. thanks zaki sudi sponsor kereta.. :)


Nampak tak?? segak bukan...teehee :)


my sohabat yang sedang bahagia~i'm following you..


My sohabat-sohabat dunia akhirat hopefulllyyy...mana kau menghilang firyus?? thanks guys sudi hantarin guwe~~turrharu!

Selesai majlis sebelah isteri, majlis sebelah suami pule. Majlis sebelah aku ni, perasaan aku agak nervous sikit sebab ye lah, segala persiapan aku ngan adik beradik yang uruskan sendiri. Sedih pun ye juge sebab ni majlis besar yang terakhir buat keluarga kami. Ditambah pule majlis yang terakhir ni mak dah xde. Sedih wei.. Semua adik  beradik arwah mak yang datang, menagis teringat kat arwah mak. Biasanya majlis mcm ni, arwah mak la yang paling sibuk dan gembira. Ditakdirkan majlis anaknya yang terakhir ni, mak xsempat nak tengok. Tapi nak buat macamana itu takdir dan ketentuanNYA. Semoga arwah mak tenang disana.  Al-Fatihah..
Jom layan gambau majlis bertandang..eh ye ke majlis bertandang ke sambut menantu ar? confius..

Bersama 'satu-satu'nya "harta" yang tak ternilai yang kami masih ada kat dunia ni..AYAH.. Terima kasih ayah..
Ini lah dia tulang blakang,tiang seri,orang kuat majlis aku yang penuh bermakna ini, kalu mereka xde, xtau la macamana aku nak handle majlis besar ni.. MY Lovely SISTAAa... Thank you kakak and adik abang.. :)
Penyeri majlis,cinta hati pak ngah.. cumel bukan...
Antara rakan-rakan artis yang datang.. retiss sangat!
Tu dia nak habaq mai! Thanks a lot guys sudi dtg jauh-jauh dari Penang.. my classmate.
Classmate Fami & Teha, couple sejak dari bangku skolah pengajian tinggi, betol tak kate aku, silap-silap aku yg kawen dulu...haha! Thanks guys sudi dtg.
My Malaysia,My best friend forever! tq bet and family sudi datang majlis I.. Thanks a lot!
Last but not least my lovely99x college mate yang meriahh! Tq guyss!!

Ok, itu je yang aku nak kongsikan pada entri kali ni. Kalau rajin nanti i kongsikan cerita dan gambar-gambar kitorang gi honeymoon kat pulau Redang itu ok!

p/s: Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, terbalas dan terbayar oleh diriku buat kakak,abang dan adik-adikku serta ayah yang terlalu bersusah payah dan bersungguh-sungguh untuk majlis aku ni. Semoga usaha serta doa kalian untuk diriku ini ikhlas dan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan, kebahagian serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Aminnn....
Thank You Allah.....