Dibulan Ramadhan yang mulia ini, tetiba rajin pulak nak menghupdate blog..
Oleh kerana kerja pun ala-ala manje je nak ade, makanya banyak la masa terluang di pejabat.. Jadinya tercetusnya keinginin untuk bercerita sedikit berkenaan dengan persediaan menjelang hari bahagia yang xtahu lah dah ready ke belom.. haha!~~
Ni nak crite sikit pasal wedding progress..
Cik tunang dok sibuk counting days, siap suruh kite counting skali okey!
Baiklah...Saya counting ye... hurmm, pada hari blog ini ditulis, tempoh masa untuk seorang lagi kaum Adam akan pupus dari status "BUJANG" adalah bersamaan dengan kurang 46 hari lagi.. huh~ naseb baek lame lagi.. Pejam celik..pejam celik.. tinggal lah 6 hari lagi.. haa time tuh, baru kau nak gelabah..
Rileks...rileks... xyah nak gelabah sangat, ade 2 orang kuat yang aku lantik sebangai my wedding planner.
Makanya semua persedian diuruskan oleh mereka, semua persediaan tu termasuk pemilihan pelamin, design hantaran, pemilihan baju bersanding dan sebagainya diserahkan bulat-bulat polka dott kat dorang nih..
aku bkn tau ape pon.. Maklumla, aku ni lelaki, pertama kali kawen pak tu.. mane la aku tau selok belok preparation majlis perkahwinan ni.. Macam dorg bedua tu dah penah kawen, (eh,macam pelik je ayat aku) maka adalah pengalamanya..."mereka" yang aku maksudkan itu adalah kakak aku dan adik ipar aku..
Kakak aku kate, time die kawen dulu, xberlepuang nak buat semua ni, maklum la, die yg sulung dan yang pertama diantara kami adik beradik yang kawen dulu, so xbanyak pengalaman.. time majlis adik aku plak, beliau sedang sarat mengandung anak sulung.. makanya time majlis aku ni, die kate die nak pulun habis-habisan, nak buat apa apa yg dia xdapat nak buat dlu, segala macam mak nenek research yang dibuatnya melaui makcik, pakcik, dan keseluruhan kaum kerabat google untuk mendapatkan idea katanya! Suke ati kau lah kak.. Yang penting kau xmintak duit kat aku, sumenya di sponsor 100% oleh beliyau... hahaha! Kau hade! Untunglahh.. Dah, malas dah nak beceloteh panjang lebar. Nak tunjuk sikit hasil karya akak aku nih..
![]() | ||
| hah~ nih akak aku kate tempat cekelat and cikedis, yg bulat putih tu tempat cincin.. ni blm siap lg sebenarnya..
|
Sebenarnya belum siap sepenuhnya lagi pun sume hantaran ni, masih dalam timbang tolak designer nya lagi, banyak lagi yang blm dibuat.. Akak aku akan whatsapp kat aku setiap satu hantaran yang dia da siapkan.. punya la die excited nk tunjuk.. Aku memang xbanyak hal la..ok je.. xde nak komen banyak-banyak.. follow je.. Lagi satunya pun xreti nak komen apa²..biasala orang lelaki..tau² da siap je...untung ada adik bradik yang kreatif cenggini kan...hehe :P
Ni pulak xsilap aku untuk bunga paha kot. Pelik gak ketas warna-warni sekeping buleh jadi sejambak bunga mcm tuh... Adik ipar aku kate sweet² je wedding abang nih...mihmihmih :)) Bak kata abg ipar aku tema wedding ko kaler-maler-warna-warni-jula-juli bintang tiga.. hahaha! Jangan tak tau, abang ipar aku adalah penyumbang idea terbesar dalam penyediaan sume-sumi ni tau..
![]() |
yang ini bunga orang kendarat, alaa bunga yang ade duit ketas tu.. yang biase letak kat baju org rewang tu.. duitnya je blm letak lagi.. |
![]() |
| Guest book masih dalam perjalanan lagi katanya.. (gambar ihsan google) |
![]() |
| Hah~~Sampai kan yang ini pun akak aku dah buatkan... hihihi.. adik kesayangan sangat aku ni kan... goyang kaki jek lah..hahaha! |
Pasni update majlis resepsinya pulok..huhu! kekadang rase exited, kekadang sedih, kekadang risau.. Biasalah, selagi majlis belum selesai kan... sehingga itu wassalam~
p/s: Maap lah gambar ade yang kecik,besar, melintang, menegak.. ahh malas nak edit. aku nak up kau kat dlm blog ni pon da cukup baik! bye!










No comments:
Post a Comment