hurmm...exam dah abes! makanya sudah bebas! yahoo!
Tapi untuk semester ni je lah.. semester berikutnya masih menunggu..
uii lame bebenor meninggalkan dunia penulisan ni weihh..ececey, macamlah kau penulis atau blogger tekenal kat Malaysia nih...puii
Inilah jadinya kalau dah lama xberblog, blur nak stat menaip..apa aku nak taip nih oii!
Berbalik kepada tajuk diatas, entry pada kali ini adalah berkenaan bulan Ramadhan yang dah masuk hari kelima dah pun, kau baru nak cerita kan...
RAMADHAN ertinnya bulan imtihan atau bulan ujian. Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang terawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut. Serba sedikit pengertian ramadhan yang dicedok dari pakcik google.
Buat aku, ramadhan kali ini amat lah berbeza dengan ramadhan yang sebelumnya. Ramadhan kali ni adalah pertama kalinya disambut tanpa ibu tercinta yang telah pergi mengadap ilahi. Ramadhan yang disambut tanpa seorang insan mulia yang paling sibuk didapur ketika sahur dan berbuka,, insan yang tidak henti-henti mengingatkan anak²nya untuk merebut kelebihan bulan ramadhan yang hanya datang setahun sekali. Semoga roh emak ditempatkan bersama para Syuhada'. Amin.
hurmmm...tahun ni jugak merupakan tahun terakhir aku menyambut ramadhan sebagai "orang bujang" kateko! haha!
Makanya, bulan puasa tahun ni, selain nak memperbaiki amal ibadat agar lebih baik dari tahun sebelumnya, aku jugak nak enjoy berpuasa sebagai oarng bujang.. haha! Tapi masalahnya, tak same ke puasa orang bujang dengan puasa orang yang dah xbujang? Ahh! Lantak ko la...chaiitt!
Tahun ni, adik aku dapat gerai kat bazar ramadhan bandar Kluang, so aku amik kesempatan untuk mencari duit raye dengan membantu beliau di bazar pada setiap petang hujung minggu.. Dapat la jugak tambah-tambah duit raye.
Meriah gile kot kat bazar tu. Memang xcukup tangan la nak melayan orang ramai yang datang nak beli juadah untuk berbuka. Adik aku jual mee & kuey tiaw kawah je. Tapi, Alhamdulillah.. Rezeki bulan puasa :)
Sebagai penutup, aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.
Semoga Ramadhan kali lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya (ayat klise)..
Sama-samalah kite merebut peluang mengumpul seberapa banyak amalan yang boleh sepanjang Ramadhan kali ini. Tahun depan belum tentu kita dapat menemuinya lagi. :)
Salam Ramadhan Al-Mubarrak..

No comments:
Post a Comment