Singgah bang, singgah kak... sebungkus 2 inggit bang.. Terima kasih, saya jual...
Kelmarin, aku berkesempatan follow adik aku berniaga kat salah satu pasar malam yang dia masuk kat area Kluang ni. Pertama kali ikut org meniaga kat pasar malam, so terjakun ckit. Adik aku bukak gerai die stat kol 3.30. oleh kerana time die nak pg tu mate aku ni macam digam. Jadi aku mengambil keputusan untuk "eh wan, ko gi dlu la... nanti aku g sendiri, nanti senang aku nak blk." padahal aku nak tebongkang jap.. haha! maklum la, time cuti ujung mggu je la dapat tido siang.. sedar² dah pukol 4.30.. ceh! niat awal nak tolong beliau bukak kedai..niat itu musnah dijilat mimpi yang indah. Maap la yer, next time aku pollow ko awal-awal..
Adik aku ni baru je mula meniaga, sebelum ni dia keje kilang kat Melaka, disebabkan offer dari bapak mertua dia suruh continue bisnes ni, so dia amik keputusan untuk benti keje kilang dan meniaga, isteri die pulak sebelum kawin memang ikut bapak die meniaga, so pengalaman isteri adik aku ni lagi luas la compare ngan adik aku. Perniagaan yang diorang usahakan adalah Mee Goreng & Kuey Tiow Goreng kawah. Adik aku goreng mee, manakala isteri die goreng kuey tiow. Satu bungkus RM 2 sahaja.
Sesampainya kat sana, keadaan lengang,org pun xramai sangat sebab keadaan hujan. So kitorg duduk² je la berborak, pastu ade la dua tiga org datang beli. Sejam selepas tu makin ramai org datang sebab hujan dah mula berhenti.
Ni dorang masak kali kedua lepas masakan yg pertama habis, masa ni pukul 6 petang, Alhamdulillah,
Aku doakan moga Allah melimpahkan rezeki utk korang bedua dan semoga
perniagaan korang ni diberkati dan sentiasa dilindungi oleh Allah amin.. Sila berniaga dengan hati yang ikhlas okeh.
p/s: Sebaik-baik manusia adalah manusia yang tidak
putus asa berusaha. Manusia yang berjaya adalah manusia yang menjadikan
kegagalan sebagai semangat untuk berjaya. ~ chaiyok2!






wah sudah advance.. baguih2... camnila baru up... hoho
ReplyDeletehaha! anyway thanx to you sifu..
ReplyDelete