Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Syukur kepadaMu Ya Allah..
Setelah setahun mengikat tali pertunangan akhirnya aku diijiabkabulkan bersama wanita pilihan hati.
Alololo...skemanya ayat ko. Ok, back to reality..
Yeay! aku da kawen, aku da jadi suami orang, aku da xbujang..
Jangan nak yeay sangat! Pasni tanggungjawab ko bertambah, semua dosa-dosa isteri ko kena tanggung, kena jadi ketua keluarga, kena buat keputusan sebagai ketua keluarga, kena didik isteri dan anak-anak sebaiknya dan lagi...dan lagi... boleh ke buat semua tu? InsyaAllah boleh. Apabila seorang lelaki tu dah buat keputusan untuk bernikah, bermakna dia dah sedia untuk pikul semua tanggung jawab itu. Tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa nanti. Aku pun mcmtu gak. Dah ready!
So now, i am husband to someone. Seronok da kawen ni wei. Selain seronok yang itu...
![]() |
| Ini lah adik beradik baru saye! Ramai bukan~~ teehee~ |
Aku diijabqabulkan pada tarikh 31 OGOS 2013 bersamaan 25 Syawal 1434h pada jam 2.35 ptg. Senang bukan nak ingat Anniversary kami.. Siap dapat cuti lagi kerajaan bagi.. haha!
![]() |
![]() |
| Keluarga besar saye..tanpa arwah emak :( |
Seterusnya majlis persandingan diadakan keesokan harinya iaitu pada 1 SEPTEMBER 2013 secara sedarhana. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selesai je majlis bersanding, hujan turun selebat-lebatnya. Semoga hujan yang turun itu membawa rahmat kepada kami amin.
![]() |
| Siap ada kereta pengantin.. kau hado.. thanks zaki sudi sponsor kereta.. :) |
![]() | |||
| Nampak tak?? segak bukan...teehee :) |
![]() | ||
| my sohabat yang sedang bahagia~i'm following you.. |
![]() |
| My sohabat-sohabat dunia akhirat hopefulllyyy...mana kau menghilang firyus?? thanks guys sudi hantarin guwe~~turrharu! |
Selesai majlis sebelah isteri, majlis sebelah suami pule. Majlis sebelah aku ni, perasaan aku agak nervous sikit sebab ye lah, segala persiapan aku ngan adik beradik yang uruskan sendiri. Sedih pun ye juge sebab ni majlis besar yang terakhir buat keluarga kami. Ditambah pule majlis yang terakhir ni mak dah xde. Sedih wei.. Semua adik beradik arwah mak yang datang, menagis teringat kat arwah mak. Biasanya majlis mcm ni, arwah mak la yang paling sibuk dan gembira. Ditakdirkan majlis anaknya yang terakhir ni, mak xsempat nak tengok. Tapi nak buat macamana itu takdir dan ketentuanNYA. Semoga arwah mak tenang disana. Al-Fatihah..
Jom layan gambau majlis bertandang..eh ye ke majlis bertandang ke sambut menantu ar? confius..
![]() | |
| Bersama 'satu-satu'nya "harta" yang tak ternilai yang kami masih ada kat dunia ni..AYAH.. Terima kasih ayah.. |
![]() |
| Penyeri majlis,cinta hati pak ngah.. cumel bukan... |
![]() |
| Antara rakan-rakan artis yang datang.. retiss sangat! |
![]() | |
| Tu dia nak habaq mai! Thanks a lot guys sudi dtg jauh-jauh dari Penang.. my classmate. |
![]() | |
| Classmate Fami & Teha, couple sejak dari bangku skolah pengajian tinggi, betol tak kate aku, silap-silap aku yg kawen dulu...haha! Thanks guys sudi dtg. |
![]() |
| My Malaysia,My best friend forever! tq bet and family sudi datang majlis I.. Thanks a lot! |
![]() |
| Last but not least my lovely99x college mate yang meriahh! Tq guyss!! |
Ok, itu je yang aku nak kongsikan pada entri kali ni. Kalau rajin nanti i kongsikan cerita dan gambar-gambar kitorang gi honeymoon kat pulau Redang itu ok!
p/s: Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, terbalas dan terbayar oleh diriku buat kakak,abang dan adik-adikku serta ayah yang terlalu bersusah payah dan bersungguh-sungguh untuk majlis aku ni. Semoga usaha serta doa kalian untuk diriku ini ikhlas dan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan, kebahagian serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Aminnn....
Thank You Allah.....



















msia!!! Tahniah jutajutaaa kali. kelas kau, bau softlan. hahaha. msia. baca entry ko nih ada rasa sedih. ada rasa hepi. haha. ape2 pun, ingat, jadi suami soleh yg membimbing okay. :)
ReplyDeleteTenkiu999x! mesia... insyaAllah i will...ko pon same k.. handle with care ;) sama2 kite membentuk keluarga sakinah...
ReplyDelete