Alhamdulillah Ya Allah...Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T tuhan sekalian alam diatas segala kurniaan yang diberikan sehingga masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi yang fana walau sehari lagi. Masih diberi kesempatan untuk bergelar Hamba...
27!! My lucky number for today!! Yup!! i'm 27! Hahh!! 27??! Banyaknya!
Entri kali ni adalah berkenaan usia diri ini yang semakin bertambah,meningkat,melanjut atau lebih ringkas nya TUA...
Ishh xtua sangatlah.. 27 je kot..haha!
Happy birthday to me!!
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mengucapkan selamat serta mendoakan yang terbaik buat diri ini.. Alhamdulillah.. May the best of days be ahead of you guys..Thank you..
Nak HADIAH!!!!!
Teringat balik zaman² 10 tahun lepas atau 15 tahun lepas.. zaman remaja...zaman kanak², rasa macam nak balik ke zaman tu semula je..
Zaman² degil melampau, main basikal tengahari bute, pastu balik kena bantai ngan arwah mak..haha!
Zaman kena keja anjing time nak g kedai, lari lintang pukang...sampai umah je,rupanya barang yang dibeli tadi tecicir, pastu arwah mak teman g cari barang yang tecicir tu sambil bawak kayu..
Yang paling best skali time hujung minggu, ayah ajak balik kampung kat Parit Sulong, Batu Pahat.
Kat kampung bley main pondok² ngan sepupu². Maklum la, umah kami ni kat taman. Jadinya memang xde lah nak dapat main pondok² ngan bakar² sampah. Makanya bile dapat balik kampung tu memang jakun sikit lah. Sauk ikan kat parit sebelah umah atok, pastu masuk kat dalam baldi kecik, banyak ikan kecik² katanya~~ Bila ayah datang tanya kitorang "banyak dapat ikan?" Kitorang pun jawab, "banyak! ikan kecik² warna hitam'.. Rupanya bukan ikan ye... tapi berudu! Cis! Mase tu kecik lagi, xingat umur berapa...Mana la tau tu ikan ke berudu..yang kami tau,apa² je spesis yang berenang-renang dalam air tu adalah ikan..mihmihmih..
Seronok oii kalau dapat balik kampung...walau selalu kena marah ngan atok sebab memekak..haha!
Tu semua cerita dulu, rumah atok kat kampung pun skarang da usang, pondok yang ayah buat untuk kitorg dlu pun da roboh. X terbela dah pas atok meninggal. Sedih jugak, tapi nak buat macamana, masing² ada tanggung jawab sendiri, da ada rumah dan family sendiri, jadinya rumah atok yang panjang kebelakang tu terbiar macam tu je. Sekali-sekala ada la kami balik menjenguk.
Tahun ni merupakan kali pertama sambut hari lahir tanpa orang yang paling dan sangat² dikasihi, disayangi, dan dicintai iaitu arwah mak. Biasanya arwah mak adalah orang yang pertama akan ucap Selamat hari lahir..kekadang tu terawal sehari...pagi² bute mak akan tepon, kalau berjauhan..sampai kadang² kite sendiri lupe hari tu adalah hari jadi sendiri.. arwah jugak lah yang akan ingatkan kat adik beradik lain "kamu da ucap happy birthday kat az? hari ni kan hari jadi die".... sama jugaklah sebaliknya kalau hari tu merupakan hari lahir adik beradik yang lain, arwah mak yang akan ingatkan kami.. :(
Hari ni jugak genap 100 hari pemergian awrah mak mengadap ilahi..
Semoga roh arwah mak tenang disana.. Al-Fatihah..
Semoga Allah permudahkan perjalanan hidupku bersempena ulang tahun kelahiranku yang ke-27 hari ni..aminn...
"Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan ALLAH
sehingga disoal tentang LIMA perkara; tentang UMURNYA,
waktu MUDANYA, dan hartanya daripada mana ia dapat
dan bagaimana membelanjakannya
dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya."
(Riwayat Ibnu Hibban & Tarmizi)