Pages

Selamat Pengantin Baru Asuwat & Umi Kalsum~

Assalamualaikum....

Harluw!!

Woah! seronot gile ase sebab hari ni dengan xsengaja dan x semena-mena kerajinan dtg untuk mengupdate blog! siyes sronot... 
Dok tgah termenung kat atas katil sambil xde buat ape-apa, tetibe terpikir nak update blog..
Dengan laju bukak laptop dan terus menaip..ececey...

Hurmm semalam,kelmarin atau hari tu, bersamaan dengan hari jumaat, sabtu dan ahad bertarikh 24,25, & 26 Mei 2013 telah berlangsungnya majlis perkahwinan my office mate,my buddies xkan terpisah,my best friend dan seangkatan dengan nya.. 
Yang best nya, saya ialah salah seorang daripada orang terpenting dalam majlis beliau itu.. 
Pentingkah saya? oleh itu..marilah kita melayari beberapa keping gambar sebagai acara pembukaan.. 

Sambut menantu
Bertandang



ahahh! ini lah maksud saya! saya ialah raja hari-hari yang telah menjadi pengapit kepada si raja sehari ini..
penting kan saya? hihi..
mana xpentingnya..lau si raja hari-hari ni xde, sape nak pakai kan stokin, pakai kan kasut, ikatkan tali kasut, lapkan peluh, pegang payung dan kipaskan si raja sehari ini.. kan pengantin?? hihi..

ekceli,, xde la penting mano pon...xde pengapit pun dorg tetap besanding jugak..kan..
cume saya dengan rela hati menerima pelawaan si raja sehari untuk dikapit pada hari tersebut. 
sebagai seorang sahabat baik, nak jugak la jadi salah seorang daripada orang-orang penting majlis yang penuh bermakna buat sahabat saya ini...
jom kite layan gamba yang sempat dirakamkan sepanjang majlis pernikahan~~~

 

Okeh, tu je gambar yg dapat di up kan kat blog ni.. gambar sekitar majlis pernikahan sahaja. Majlis bersanding xdpt nk dirakamkan kerana tiada siapa yg sudi memegang camera yg berat itu.. sedihh bukan.. :( Maaf la, semua gambar original,xsempat nak edit.. Lgpn sy bkn professional photographer ye.. 

...........................................

Sementela'ah itu, ingin lah saya berkongsi cerita. Pada dan ketikanya sedang duduk makan berdamai besama dengan pengantin. Didatangilah seorang mokcik yang menghidangkan nasi kepada penduduk-penduduk yang duduk di meja makan damai itu lalu bertanya kepada si pengapit.
"Adik ni tingkatan berapa?" dan pada ketika itu juga lah ingin tersembur makanan yang sedang dikunyah hampi 44x di dalam mulut si pengapit.

Xpe mak cik, saya faham, mungkin makcik ingat saya ialah merupakan anak murid kepada pengantin perempuan yang merupakan seorang cikgu sekolah menengah.

Tetapi untuk pengetahuan makcik, saya ialah berusia hampir sebaya dengan si pengantin. Dan saya telah hampir 10 tahun meninggalkan zaman persekolahan. Terlupa pula untuk bertanya akan nama dan alamat makcik tersebut kerana ingin saya menghantar kad jemputan perkahwinan saya kepada makcik bagi membuktikan bahawa saya ialah bukan budak skolah menengah!!! saya hampir menjadi suami orang!!  xpe, saya maafkan makcik..


Selesai sudah majlis perkahwinan sahabat saya. Oleh itu, ingin lah saya memberikan beberapa ucapan kepada keduanya...

Selamat pengantin baru diucapkan kepada kalian berdua, semoga Allah menghimpunkan kalian didalam keberkatan dan rahmatnya, semoga cinta yang dibina adalah kerana Allah dan kekal sehingga Jannah.. Aminn...

Kepada Asuwat bin Yazib, your status already change from 'single' to 'married' person..
Makanya, bimbinglah isteri mu agar taat kepada perintah Allah, dan........

  -Hormatilah isteri sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

  -Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik.

  -Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah kita mengambil berat tentang dirinya.

  -Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok pun kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.

  -Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

  -Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

  -Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Dan kepada Umi Kalsum jadilah seorang isteri yang taat kpd suami selagi ianya tidak bertentang syarak dan.....

 -Hiduplah secara sederhana, menjaga hijab, mengamalkan kehidupan yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh para nabi dan para sahabat. 

 - Berusahalah dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepada mu dengan berkekalan.

 -Sentiasa memerhatikan tabiat suami setiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan dan apa-apa kebenciannya hendaklah ditinggalkan.
  
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”..
 
Dato' Dr Hj. Mohd Fadzillah Kamsah 

Sekali lagi Selamat Pengantin Baru Asuwat & Umi, selamat menjalani kehidupan suami isteri, semoga berkekalan selamanya.. amin.. 
Happy Honeymoon! yeay!

sincere,
berry~

No comments:

Post a Comment