Alangkah beruntungnya kalau kita dipilih menjadi tetamu Allah. Dapat menjejakkan kaki ke tanah suci dengan penuh harapan segala amal ibadat dan doa kita diterima Allah....Subahanallah.. xdapat aku bayangkan macamana agaknya perasaan aku kalau dipilih menjadi tetamu Allah ke tanah suci nanti...
Entri kali ini diwujudkan bersempena salah seorang dari sahabat aku telah dijemput untuk menjadi tetamu Allah ke tanah suci kerana mengerjakan umrah bersama ibunya... Beruntungnya kau wahai sahabat kerana dapat menjejakkan kaki ke tempat dimana setiap orang islam berkeinginan untuk menjejakkan kaki kesana..Alhamdulillah..di usia muda lagi dah dapat menziarah makan Rasulullah, dapat melihat Baitullah, dapat mencium dan menyentuh Hajarul Aswad, dapat menaiki Jabal Nur.. Subhanallah... Berbahagialah sesiapa yang beroleh nikmat mengerjakan haji atau umrah...Berbahagialah sesiapa yang pergi menyambut panggilan Allah..Sesungguhnya disana lah tempat paling hampir kepada Allah untuk menyucikan diri dan memohon keampunan diatas segala dosa yang telah dilakukan...
Buat sahabat Saifuddin bin Salim, aku doakan semoga perjalanan kau menyambut jemputan Allah dipermudahkan, semoga selamat pergi dan pulang, semoga dapat mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna....Tinggal dan lupakanlah sementara segala hal dunia semasa disana...berikanlah tumpuan sepenuhnya untuk melakukan amal ibadah sebanyaknya disana... Sesungguhnya aku juga terlalu ingin menjejakkan kaki kesana...Insya Allah suatu hari nanti..amin...



