Pages

Wedding Preparation and progress..


Assalamualaikum,

Dibulan Ramadhan yang mulia ini, tetiba rajin pulak nak menghupdate blog..
Oleh kerana kerja pun ala-ala manje je nak ade, makanya banyak la masa terluang di pejabat.. Jadinya tercetusnya keinginin untuk bercerita sedikit berkenaan dengan persediaan menjelang hari bahagia yang xtahu lah dah ready ke belom.. haha!~~

Ni nak crite sikit pasal wedding progress..
Cik tunang dok sibuk counting days, siap suruh kite counting skali okey!
Baiklah...Saya counting ye... hurmm, pada hari blog ini ditulis, tempoh masa untuk seorang lagi kaum Adam akan pupus dari status "BUJANG" adalah bersamaan dengan kurang 46 hari lagi.. huh~ naseb baek lame lagi.. Pejam celik..pejam celik.. tinggal lah 6 hari lagi.. haa time tuh, baru kau nak gelabah..

Rileks...rileks... xyah nak gelabah sangat, ade 2 orang kuat yang aku lantik sebangai my wedding planner.
Makanya semua persedian diuruskan oleh mereka, semua persediaan tu termasuk pemilihan pelamin, design hantaran, pemilihan baju bersanding dan sebagainya  diserahkan bulat-bulat polka dott kat dorang nih..
aku bkn tau ape pon.. Maklumla, aku ni lelaki, pertama kali kawen pak tu.. mane la aku tau selok belok preparation majlis perkahwinan ni.. Macam dorg bedua tu dah penah kawen, (eh,macam pelik je ayat aku) maka adalah pengalamanya..."mereka" yang aku maksudkan itu adalah kakak aku dan adik ipar aku..

Kakak aku kate, time die kawen dulu, xberlepuang nak buat semua ni, maklum la, die yg sulung dan yang pertama diantara kami adik beradik yang kawen dulu, so xbanyak pengalaman.. time majlis adik aku plak, beliau sedang sarat mengandung anak sulung.. makanya time majlis aku ni, die kate die nak pulun habis-habisan, nak buat apa apa yg dia xdapat nak buat dlu, segala macam mak nenek research yang dibuatnya melaui makcik, pakcik, dan keseluruhan kaum kerabat google untuk mendapatkan idea katanya! Suke ati kau lah kak.. Yang penting kau xmintak duit kat aku, sumenya di sponsor 100% oleh beliyau... hahaha! Kau hade! Untunglahh.. Dah, malas dah nak beceloteh panjang lebar. Nak tunjuk sikit hasil karya akak aku nih..


hah~ nih akak aku kate tempat cekelat and cikedis, yg bulat putih tu tempat cincin..
ni blm siap lg sebenarnya..

yg ini pulak aku pn xtau untuk ape..blurr





Sebenarnya belum siap sepenuhnya lagi pun sume hantaran ni, masih dalam timbang tolak designer nya lagi, banyak lagi yang blm dibuat.. Akak aku akan whatsapp kat aku setiap satu hantaran yang dia da siapkan.. punya la die excited nk tunjuk.. Aku memang xbanyak hal la..ok je.. xde nak komen banyak-banyak.. follow je.. Lagi satunya pun xreti nak komen apa²..biasala orang lelaki..tau² da siap je...untung ada adik bradik yang kreatif cenggini kan...hehe :P


Ni pulak xsilap aku untuk bunga paha kot. Pelik gak ketas warna-warni sekeping buleh jadi sejambak bunga mcm tuh... Adik ipar aku kate sweet² je wedding abang nih...mihmihmih :))  Bak kata abg ipar aku tema wedding ko kaler-maler-warna-warni-jula-juli bintang tiga.. hahaha! Jangan tak tau, abang ipar aku adalah penyumbang idea terbesar dalam penyediaan sume-sumi ni tau..


yang ini bunga orang kendarat,
 alaa bunga yang ade duit ketas tu.. yang biase letak kat baju org rewang tu..
duitnya je blm letak lagi..
Guest book masih dalam perjalanan lagi katanya.. (gambar ihsan google)

Pelamin impian akak aku,, tapi malangnya xdapat direalisasikan oleh bridal sebab memerlukan bunga yg banyak...
Katanya lah... so design pelamin yang lain belum decide lagi.. kemudian kena datang bridal tu semula..

Hah~~Sampai kan yang ini pun akak aku dah buatkan... hihihi.. adik kesayangan sangat aku ni kan...
goyang kaki jek lah..hahaha!


Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar lah ye... ... Thanks a lot buat orang² tersayang yang menjadi tulang belakang majlis aku yang akan datang ini terutama kepada ayah dan adik beradik. dah macam ucapan kat radio plak.. Terima kasih banyak ye... sedih la pulok :(  Semoga Allah permudahkan..amin..
Pasni update majlis resepsinya pulok..huhu! kekadang rase exited, kekadang sedih, kekadang risau.. Biasalah, selagi majlis belum selesai kan... sehingga itu wassalam~

p/s: Maap lah gambar ade yang kecik,besar, melintang, menegak.. ahh malas nak edit. aku nak up kau kat dlm blog ni pon da cukup baik! bye!

Salam Ramadhan Al-Mubarrak

Assalamualaikum,

hurmm...exam dah abes! makanya sudah bebas! yahoo!
Tapi untuk semester ni je lah.. semester berikutnya masih menunggu..
uii lame bebenor meninggalkan dunia penulisan ni weihh..ececey, macamlah kau penulis atau blogger tekenal kat Malaysia nih...puii

Inilah jadinya kalau dah lama xberblog, blur nak stat menaip..apa aku nak taip nih oii!
Berbalik kepada tajuk diatas, entry pada kali ini adalah berkenaan bulan Ramadhan yang dah masuk hari kelima dah pun, kau baru nak cerita kan...

RAMADHAN ertinnya bulan imtihan atau bulan ujian. Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang terawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut. Serba sedikit pengertian ramadhan yang dicedok dari pakcik google.

Buat aku, ramadhan kali ini amat lah berbeza dengan ramadhan yang sebelumnya. Ramadhan kali ni adalah pertama kalinya disambut tanpa ibu tercinta yang telah pergi mengadap ilahi. Ramadhan yang disambut tanpa seorang insan mulia yang paling sibuk didapur ketika sahur dan berbuka,, insan yang tidak henti-henti mengingatkan anak²nya untuk merebut kelebihan bulan ramadhan yang hanya datang setahun sekali. Semoga roh emak ditempatkan bersama para Syuhada'. Amin.

hurmmm...tahun ni jugak merupakan tahun terakhir aku menyambut ramadhan sebagai "orang bujang" kateko! haha! 
Makanya, bulan puasa tahun ni, selain nak memperbaiki amal ibadat agar lebih baik dari tahun sebelumnya, aku jugak nak enjoy berpuasa sebagai oarng bujang.. haha! Tapi masalahnya, tak same ke puasa orang bujang dengan puasa orang yang dah xbujang? Ahh! Lantak ko la...chaiitt!

Tahun ni, adik aku dapat gerai kat bazar ramadhan bandar Kluang, so aku amik kesempatan untuk mencari duit raye dengan membantu beliau di bazar pada setiap petang hujung minggu.. Dapat la jugak tambah-tambah duit raye.
Meriah gile kot kat bazar tu. Memang xcukup tangan la nak melayan orang ramai yang datang nak beli juadah untuk berbuka. Adik aku jual mee & kuey tiaw kawah je. Tapi, Alhamdulillah.. Rezeki bulan puasa :)



Sebagai penutup, aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.
Semoga Ramadhan kali lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya (ayat klise)..
Sama-samalah kite merebut peluang mengumpul seberapa banyak amalan yang boleh sepanjang Ramadhan kali ini. Tahun depan belum tentu kita dapat menemuinya lagi. :)
Salam Ramadhan Al-Mubarrak..