Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum mak...
Hari ni genap 7 hari mak pergi meniggalkan kami semua.. Tapi org xrase mak dah xde. Terasa macam mak ade je kat rumah tunggu org balik keja, hidangkan makan malam, pastu kite tengok tv same-same. Mak hari ni hari pertama org pergi kerja tanpa mak, sedih sangat² time nak pegi keja pagi tadi. Biasanya org akan salam tangan mak, cium pipi mak.. Mak, ayah sedih sangat-sangat sekarang ni. Ayah kate ayah sayang sangat-sangat kat mak, sama macam org, org sayang sangat-sangat kat mak. Walaupun sebelum ni org jarang sangat cakap kat mak yang org sayang mak..tapi org betul² sayang kat mak, org betul² rindu kat mak..
Mak, kalau dulu setiap hari ahad, kalau ayah ade kerja, mesti org yang teman mak pegi pasar, kadang-kadang kite terus pegi sarapan.Tapi pasni da xboleh da pegi pasar ngan mak. Hari tu org teman ayah pegi pasar. Ayah kata, dulu mak yang selalu beli
lauk, mak yang pandai cari ikan apa nak beli, ayam kat kedai mana yang
murah. Sekarang kitorang kena blaja pegi pasar sendiri.
Mak, dulu setiap hari jumaat, kalau pukul 6 org xsampai-sampai umah, mesti mak akan call org tanya kat mane.. kadang-kadang org lepak ngan kawan² dulu, pastu baru blk umah, kadang-kadang pun org selalu lupa nak bagitau mak org xdapat balik mggu tu, org selalu buat mak risau kan. Tapi pasni org xkan dengar da suara mak kat talipon, org xakan rase da betapa risau dan kasihnya ibu kepada anaknya yang x menghantar khabar berita.
Mak, dulu masa org blaja kat kuantan, org selalu rindu kat mak kalau da lame xbalik, lagi² kalau time petang, org sorg² kat rumah, mesti teringat kat mak, pastu org terus call mak, mak selalu pesan, jangan duduk sorg², pegi cari kawan, ajak borak², buat aktiviti supaya x ingat sangat kat mak, xpikir sangat nak balik... Sekarang ni org kena guna balik apa yang mak pesan tu......tapi walau mcmana pun org tetap xboleh lupakan mak....
Mak,mak nak tau tak. Hari mak pergi tu ramai sangat org datang ziarah
mak, semua sedih, semua sayang kat mak, tapi apakan daya.. kasih sayang
Allah mengatasi kasih sayang kami semua kat mak.. Mak, kalau lah org
tau Allah nak jemput mak se awal ni. Tidak walau satu saat pun org nak
berjauhan dengan mak, tidak walau sesaat pun org tak menatap wajah mak.
Org akan sentiasa tanya khabar mak, org akan sentiasa gembirakan hati
mak.. 26 tahun je Allah pinjamkan mak untuk org... memang xcukup org
memiliki insan yang terlalu baik, mulia dan org sayang macam mak. Terlalu awal Allah jemput mak.. Kalau lah masa ni boleh diputarkan semula............... Tapi org redha dan terima semua ketentuan Allah ni..
Mak, kakak ngan azuan selalu nasihat kat org jangan sedih, kuatkan
semangat. Tapi org xdapat jugak nak kawal perasaan sedih ni.. Ye lah, at
least kakak ngan azuan da ada family sendiri, dah ada anak. Dah ada
tempat mengadu kalau mak xde. Tapi org......... Dulu, kalau
org ade masalah mesti org akan cakap kat mak. Kalau org nak mnx apa²
dari ayah mesti melalui mak, ayah pun kalau ada apa² nk bagitau org
mesti melalui mak dulu, tapi sekarang org da xde tempat mengadu da. Org
kena uruskan kan semua sendiri. Mak, macamna nanti org nak kawen mak
xde..... sape nak sarungkan cincin kat jari bakal isteri org.. sape nak
tolong org uruskan majlis org macam majlis kakak ngan azuan
dulu.........
Mak, kalau lah org ada peluang untuk bagi tau semua org kat dunia ni yang masih ada mak. Org akan suruh dorg jaga betul² mak dorg. Org akan suruh dorg jangan abaikan mak dorg, org akan suruh dorg sentiasa jaga hati mak dorg, org akan suruh dorg sentiasa berbakti kat mak dorg. Mak, terima kasih sebab lahirkan org kat dunia ni, terima kasih sebab telah membesarkan org, terima kasih sebab jadi mak yang terbaik untuk org, terima kasih sebab mak sayang sangat² kat org. Mak, Insya Allah setiap kali selepas solat, org xakan tinggal walau sepotong doa untuk mak. Org xakan lupa kirim kan walau pun Al-Fatihah untuk mak..mak jangan risau pasal ayah, org akan jaga ayah selagi org hidup dan terdaya, tu je janji org kat mak... Semoga mak tenang dan damai kat sana. Mak doakan kejayaan org dunia akhirat ye mak.... Mak jaga diri, org sayang mak, rindu mak..rindu yang teramat sangat..........really do..
rest in peace,,al-fatihah ...
yang sangat merinduimu,
anakmu
Hanya Allah yang tahu betapa aku merindui dan menyayangi insan yang bernama
Bakyah Bte Hj. Awang
Ya Allah, Kau ampunilah dosa² ibuku, kau tempatkan lah die bersama org² yang beriman, kau lapang dan luaskan lah kubur ibuku, kau lepaskanlah ibuku dari siksaan kubur.. sesungguhnya Engkaulah Tuhan sekalian Alam yang menghidupkan dan mematikan... Amin..
Terima kasih Ya Allah, kau telah pinjamkan dia untukku........
p/s: Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.. Al-fatihah..


abang azlan,kuatkan semangat..jangan sedih2 lagi..Arwah sentiasa ada dihati semua orang
ReplyDeleteThanx yati.. Will try to stay strong..
ReplyDeletemsia, aku sedih bc ni. nangis. sabar ye msia. allah lbh sygkan mak ko..
ReplyDeleteKasih sayang Allah melebihi segalanya.. nyway tq bet..
ReplyDelete